Tuesday, 6 March 2012

kerja ?


mood : nangis

kerja ? aku stress. aku tak biasa ngan semua ni. aku takde kawan. dayah, aku perlukan kau. aku nak mak abah aku. aku letih kerja camni. aku boleh jadi gila. aku takde kawan kat sane. aku mampu pura-pura senyum je depan mak abah aku. tapi dalam hati aku sakit. aku letih. aku penat. kaki aku sakit. bahu aku sakit. aku makan takde selera. fikiran aku entah ke mana. tidur pon tak lena. aku stress ! aku perlukan kawan-kawan aku. diorang je boleh buat aku senyum. aku nak berhenti, tapi aku takot rugi. mak abah aku pon tak bagi. dorang cakap nanti aku biasa la dengan keadaan camtu. tapi nak biasa tu perlukan masa yang lama. kadang-kadang aku pegi kerja perut kosong, aku takde selera nak makan. mampu minum air je. aku stress fikir pasal puasa ganti aku. bila aku nak ganti ? kerja kat sini sangat letih. satu botol air belum cukup untuk aku. 

****

semalam, first time aku sembahyang kat tempat kerja aku. tempat sembahyang kotor sangat. macam zoo. ade iguana yang kecik tu. pastu, bilik tu takde pintu. tempat amek air sembahyang pon takde. lantai dia berhabuk ! aku tengok sorang mak cik ni, dia kerja jadik cleaner. camne la dia boleh harungi semua tu ? dia yang dah tua masih ada kudrat untuk kerja. aku yang muda lagi ni ? tapi ? Ya ALLAH, permudahkanlah urusan hamba mu ini. aku letih sangat. aku stress :(

Photobucket

timekaseh sudi baca. satu bintang untuk anda !

No comments:

Post a Comment