Monday, 12 December 2011

pengkhianatan tu mengajar aku.

aku nak cite pasal ade sorang laki neh yang kianat kat aku masa aku form 3 dulu.

nama dia haziq ( memang nama sebenar ). masa aku form 3, aku baru masuk sekolah AIZEK. kira, newbie la. aku pindah dari sekolah agama, sekolah KAKA. mentang mentang aku dah keluar dari sekolah agama, aku ingat aku akan bebas. bebas dari segi pemakaian, sosial and whatnot la. lepas tu, mule la aku upload gambar aku yang freehair kat dalam Friendster ( laman tu popular gylak masa tu ). konon cantek lah gambar tu. CANTIK lah sangat. yea, aku tak matang lagi masa tu. tak tau mana baik, mana benar. mula mula aku masok sekolah AIZEK ni, dah ade orang sound sound aku. yes, orang tu HAZIQ la. aku tak kenal dia manusia datang dari mana. ape yang dia tak paus hati ngan aku. aku pon tak tahu. blur. aku just terima apa yang dia buat kat aku. 

sampai satu hari ni, tuhan sayangkan aku. dia nak lindungi aku. dia datangkan demam pada aku. aku pon tak pegi sekolah. bosan gylak duk umah. aku pon call la kawan aku kat sekolah tu (kantoi bawak phone ). kebetulan mase aku call tu, cikgu takde lam kelas. kawan aku cakap, gambar aku yang freehair dah heboh satu sekolah. budak budak laki tampal kat sekolah. dia print banyak banyak, pastu dia sebar. motif ? aku pon tak tahu. aku dah la tengah demam, dia pulak buat macam tu. makin lemah aku ni tau. pastu, keesokan aku pegi sekolah tu, semua orang tengok pelik kat aku. nasib baikla kawan kawan aku dah buang semua gambar aku. tapi, ade lagi satu keping dekat kipas. aku kena ejek lam kelas. dipandang hina. tu lah balasan tuhan sebab nak belagak sangat letak gambar freehair dalam Friendster. start hari tu, aku dah kurang kawan lelaki. tapi, still ada yang baik ngan aku. Arifuddin. HAHA gilak kau geng ! still nak kawan ngan aku. trimas. tapi, aku pulak jahat dengan kau mase form 4 ngan form 5. aku ni memang tak tahu bersyukur kan. huhu.

tapi kan, kalau aku ingat balek, ape yang Haziq tu buat kat aku. mase tu la last aku upload gambar freehair. aku dah dapat pengajaran. sampai sekarang ( form 5 ) aku tak upload dah. ade jugak keinginan lam hati ni nak upload, tapi ingat balek kejadian tuh, aku takut tuhan balas kat aku macam tu. begitu hina aku mase tu. 

sampai sekarang,  aku bermusuh ngan Haziq sebab kejadian tu. nak jugak berbaik dengan dia. tapi, dia pon dah benci sangat dengan aku. walaupon kawan kawan kau baca entry ni, aku just nak ucap terima kasih. aku tau, kau mesti cakap " eleh, belagak. koya baik. " and macam macam lagi la kau akan bashing aku kan. tapi kan, walaupon kau dapat dose sebab aib kat aku, kau jugak dapat pahala sebab kau bagi pengajaran kat aku. kau kutuk la aku selagi kau nak kutuk. aku pon dah putus asa nak handle manusia macam kau. 

sekali lagi, TERIMA KASIH kawan,

Photobucket

timekaseh sudi baca. satu bintang untuk anda !

No comments:

Post a Comment