Thursday, 15 September 2011

LEPAS MEETING, SEMUA HURU HARA ! SERBA TAK KENA.

hurmmm. nak buat macam mane lagi nih ? hati kami sudah cukup sakit. begitu juga hati guru guru kami sebelom ini. sudah lame aku tidak memunculkan diri di dalam blog ini. begitu sibuk dan malas. mase hari selasa, cikgu tingkatan 5 terlibat dalam satu meeting. and, nama kelas aku 5INTAN5 sudah naik. banyak kes yang kami buat. tak la banyak. cume dua atau tiga je. tapi disebabkan jalan cerita dari mulut ke mult tidak benar, so nama kelas kami sudah buruk. teramat buruk. sukar untuk dibaik pulih kembali. aku pon salah seorang mangsa yang disebut di dalam meeting tersebut. cikgu cakap aku suka menjawab. dan jawapan aku semuanya bodoh bodoh belaka. masa cikgu cakap macam tu, aku stay relax je. stay cool. buat ape nak kecoh kecoh sebab ape yang cikgu cakap tu memang betol. aku memang cakap banyak kat dalam kelas. dan ape yang aku cakap semuanya nonsense. tapi, ape yang aku tidak puas hati adlah ! berkenaan kes madam raihan mase tu. madam cakap 3 orang je yang masok kelas dia. wahai guru guruku sekalian, kami semua nak masok. tapi beliau mengunci pintu. kami duduk kat luar macam pengemis. letak surat bawah pintu nak minta maaf. tapi ada madam hiraukan ? oh ! mestilah tidak kan. lepas tu cikgu yang dengar cerita madam, cerita kat student2 mereka. SENGAJA NAK MEMBURUK BURUKKAN KAMI KE ? NAK SEMUA ORANG BENCI KAMI KE ? KALAU NAK, BUAT PENGUMUMAN KAT PERHIMPUNAN. SENANG. cakap depan depan. jangan cakap belakang belakang. tidak hebat. ! selepas je daripada meeting tu semua cikgu kelas kami dingin terhadap kami. mengajar sambil badmood. ade yang mengamok. lepas tu, setengah jam daripada masa belajar mesti diambil untuk membebel & luahan ketidak puas hati ! kami terima je. membuka telinga dengan luas. mendengar mendengar dan terus mendengar. sampai bila akan berterusan jadi macam ini ? sampai SPM ? baik tak payah mengajar. senang. kalau mengajar tak ikhlas same je dengan tidak mengajar. kami sudah meminta maaf dengan madam, samada dia maafkan atau tidak, itu urusan beliau dengan tuhan. tadi cikgu fizik cakap, madam mengajar kami dengan hati yang tidak ikhlas. tapi semalam OKAY je. siap main game lagi. maybe itu just lakonan semata mata. dan kalau betul la apa yang cikgu fizik cakap, syabas atas lakonan madam. begitu menjadi. sangat menjadi. madam memberi harapan kepada kami untuk belajar bahasa inggeris dengan lebih baik. jangan la bagi harapan kalau tidak mahu menunaikan harapan tersebut. kami juga manusia. manusia yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. kalau macam ni la keadaan kami belajar, memang susah untuk capai kecemerlangan. dan kalau itu yang cikgu mahu. saya tak kisah. kecemerlangan saya bergantung kepada keberkatan daripada cikgu. saya pon nak minta maaf kerana selalu melukakan hati cikgu dengan percakapan yang BODOH. saya juga ingin berjaya. tetapi, kalau beginilah perangai cikgu, cepat terasa, tidak open mind, cepat melenting, suka buat seddak, dan mereka reka cerita, saya x jamin kecemerlangan akan terus kekal di sekolah itu. cikgu juga pernah lalui zaman budak budak sekolah seperti kami kan, pasti cikgu pernah lalui ape yang kami lalui sekarang. renungkan lah. jangan tahu mendengar cerita yang tdak benar sahaja. siasatlah. cikgu syukor pon telah diberitahu cerita yang sebenar oleh Alia. takkan cikgu syukor buat senyap je masa meeting tu ?? hurm.

Photobucket
timekaseh sudi baca. satu bintang untuk anda !

No comments:

Post a Comment